Daisypath Anniversary tickers

i love islam


Assalammualaikum wbt

Hye entry kali ni nak ber islamic sedikit di sebabkan beberapa faktor perubahan,jiwa hati dan perasaan terasa betul-betul ingin berubah ke arah yang lebih baik iaitu memahami ajaran islam dan menutup aurat.. Sebelum ini saya jenis yang on off bertudung mungkin disebabkan perasaan masih muda atau tidak mahu berubah atau mungkin mata hati masih berdegil kerana hidup mati di tangan tuhan..

menutup aurat : benda ni mungkin simple tapi agak susah sebenarnye kerana banyak faktor kalau kita mendalami syarat-syarat sebenarnye. Salah satu nye kalau kita bertudung tapi berpakaian ketat umpana kita bertelanjang juga,dua bertudung tapi nampak lengan,lengan adalah aurat kecuali tapak tangan.. tiga,bertudung tapi menampakkan bahagian dada juga tidak boleh dan bertudung bercorak haiwan adalah tidak dibenarkan sama sekali melainkan corak berasaskan flora.. Oleh itu ,wanita adalah seseorang yang sangat berharga di mata lelaki jika kita menjaga aurat. Bila kita fahami betul2 amat susah sebenarnye nak memenuhi syarat-syarat menutup aurat

memahami ajaran islam : ajaran islam amat penting dan pedoman hidup mati kita di dunia dan akhirat nanti kerana segala amalan kita akan di hitung.. disebabkan perkara ni saya mula sedar sedikit demi sedikit mungkin faktor umur yang semakin meningkat tetapi kefahaman tentang agama amat cetek.. Bila baca sepotong shurah pun mesti nak tahu apa tu tafsir maksudnye sebab sebelum ni main baca je tanpa memahami ayat tersebut,Ya Allah bertapa kerdilnye diri ku ini.. :(

Walaupun ilmu agama cetek tapi mahu berkongsi sedikit dengan kawan-kawan moga hidup kita semua di berkati oleh Mu Ya Allah..  baca la " Allahuma soyiban nafi an " setiap kali hujan :) "Rabbana 'atina 'fiddunia hasanah Wafil akhirati hasanah wakina azabannar adalah doa yang paling disukai Rasulullah s.a.w #12rabiulAwal :) sebelum tidur baca tasbih SubhanAllah 33kali,Alhamdulilah 33kali,Allahuakbar 33kali ,istifar la Astagfirullahalhazim kerana setiap kali kita istifar hilang setitik titik hitam di hati kita dan akhir sekali berselawat la ke atas Nabi Muhammad Allahuma Shali Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad :)

Semoga entry kali ini memberi sedikit ilmu dan pedoman kepada diri saya sendiri dan kawan-kawan.. Semoga hidup kalian diberkati dan dilindungi Allah s.w.t,amin :)

About Me

My photo
10/08/1991,from kuala selangor...graduate in diploma photography and creative imaging..now degree in interior architecture